I wont be blogging about this trip like Sarawak’s, hence explains the title. Been here before but this trip really gave me a different views of the city and the way I (we) travel.
The Hotel
Cost us only RM15.00 for airport cab to take us to Shangri-La Tg Aru. Love every bits of this hotel. Slalunya kalau sampai tmpt baru, letak je bag terus nak kuar jalan sana-sini tgk tmpt org. but kali ni mmg bersantaian sepanjang hari di hotel! Layan iman mandi manda, sauna, steam bath, the beach, the food and all. 1st day mmg tak kemana. Hotel penuh dgn mat salleh n Korean n Japanese sampai few hotel staff asked me ‘Madam, are you Filipinos? No? Indonesian?’ I was like “Helloooo…!” agaknya daku ala2 kelabu asap tu yg depa confius tu. Di sini juga Chenta terkasima dek melihat depa berb*g*llan dlm sauna. Ya, tanpa seurat benang!. Hahahahha.
Sexy Iman berlarian dipadang! - Shangri-La Tjg Aru
Hari kedua kami lari ke tengah Bandar – Kinabalu Daya Hotel? Errkkk...for RM140++/night dpt bilik sempit gilos, tak de bath tub, depan bilik tgh renovate, old carpet, old towel set, old bed sheet!. Plg teruk kat dinding siap ada conteng “Aku r*g*l Ani di sini. Aku = Rizal”, aci? Jadik terus decide to rent a car and jalan2 and hanya balik utk tidur. Maka akak dengan jayanya meninggalkan komen panjang lebar kat guest book! Hamek!
Hari Ketiga move to recommended hotel by abg chenta – Hyatt Regency. Hotel lama but surprisingly very very nice. Jalan kaki sahaja nak ke shopping mall/pasar basah/pasar Filipina and all. Kalau malas, naik cab will cost you Rm5.00 sajor. Kid’s pool kecik tp ada heater.
pool @ Hyatt
Tips: kalau nak duk tgh2 town plg seshuai duk kat Le Meridien, seberang jalan dah pasar Filipina, kiri kanan shopping complex baru. Meriah betul, tak payah nak amek2 cab, jimat! Tp kena booking awal, sbb very glamer nowadays. Most of the hotel ada free broadband. Daya yg hampeh pon ada!
The Food from top left : sayap, nasi goreng special Tg Aru, seafood bakar, spiky durian
Seafood Kampung Air. taste - biasa sahaja. price – emm tidak murah. freshness – pilih sendiri yg masih berenang dlm tanki. Must try – deep fried soft shell crab.
Pasar malam belakang/sebelah pasar Filipina - Pelbagai jenis lauk pauk, kuih, seafood bakar
Must try – sayap, ketam/udang/ikan bakar + nasi putih + seaweed, kuih topi, cha koi with kaya. ABC, kuih tradisional Sabah. Price – boleh tawar menawar, as for the seafood mmg murah la. Taste – sedap!. Cleanness – standard pasar malam.
Tg Aru food court – tepi laut, sayap disini sungguh enak! Goreng2 ok, we tried pari bakar, tak best langsung!. Price – biasa sajer.
Durian Sabah – emm biasa saja, saja gatai berhenti tepi jalan layan durian. Durian kampung sini lagi sedap.
Small spiky durian – got it at pekan kundasang for RM3.00 sebiji. Taste like durian only less soft/sweet/smell like our durian.
Frozen seafood – dua tmpt kami pergi. Satu di tgh Bandar depan Hyatt – banyak pilihan, harga pon ok. But mana2 kami tanya semua suruh kami pergi yg kat stesen kretapi, better price katanya. Ropanya kat situ tak byk choice and harga tak de la murah mana pon. Hampa tak dapat beli lobster and scallops as kat ketapi tu out of stock! Gerammm sgt. Layan udang saja la. And satu lagi kedai kat airport. Ni harga airport la.
The Places
Kami melawat pekan2 kecil sekitar KK. Putatan lalu terus ke Monsopiad. Tuaran, Nabalu, Kundasang. Singgah mana2 tamu yg ada. Terasa seperti locals. Juga ke pantai Tg Aru, Harbour View, Karambunai. Masuk and pusing-pusing dalam UniSabah, hingga hujung pantai tmpt pejabat aqua marine. Ronda-ronda taman perumahan baru apa ntah tgk rumah besar harga much2 cheaper from kl padahal dekat giler ngan Bandar kk tu. Singgah juga melihat bangunan Sabah Foundation. Siap parking betul2 tepi bangunan sbb tak de guard kat gate. Chenta siap tumpang wee wee lagi.
From Tip Left : Tuaran town, Monsopiad, Kundasang War Memorial, North Borneo Railway Station, Kundasang, Tmn Kinabalu, Nabalu Market, Tg Aru Jetty, Habour View Beach
Shopping
Oh daku sungguh behave kali ini. Hanya beli pearl brooch utk kaum keluarga dan t-shirt utk anak2 buah sahaja!. Iman dapat gendang kecil dan abah dpt butang baju melayu. Itu sahaja!. Tidak gelang crystal…tidak kain pua..tidak…. itu semua dah lapuk..hahaha.
C&K and Bubble Gummers
and for being good I got eemmm…kasut? Hahaha…nak buat camna C&K tgh sale….tak tahan akak….since Chenta kata beli la…kang nyesal…akak pon beli la…….and, like mother like son…iman pon dpt kasut jugak! Sbb kasut fav croc-tipu-from-giant dia putus. Tak penah2 daku shopping kasut masa travel…sejarah betul…and it kind of sungguh best rasanya!.
Transportations
Biasala cheapo cheapo traveler cam kami ni naik la air asia beli, ticket awal thn masa sale, RM0.00. total tax and all, return, cuma RM300++ sahaja.
KK Airport with Abg Nasir - arrival
Sewa keta sehari kena RM120 ke 140 gitu, mahal la….tp sbb order on the spot cam tu la harganya kan…trough hotel lagi….tu la..akak dah suruh plan bebaik..kekonon mmg tak mo ke mana2….tak pe pengajaran tu….
The best part, kami naik bas dari KL central ke LCCT Sepang – RM9.00/head. Iman free, bas ala2 bas express, bersih, selesa, Iman excited giler…first time naik bas kan….bas ni setiap ½ jam satu. Direct + laju. Then masa balik naik bas jugak dari LCCT ke KLIA – Cuma RM1.50/head. Iman free jugak, yg ni lagi best sbb mcm bas rapid (cermin luas), Iman lagi la terkagum gitu… kenapa ke KLIA? Nak hantar anak buah Chenta nak fly to London ptg tu. Bagus la bus services ni…cepat, kerap and murah!. Akak likeeeyyyy!
KK Aiport nak balik
New me
- I wore flat full shoes! Daku kan allergy banget ngan kasut full! Ntah apa mimpi nak try. Sib baik flat murah itu sungguh lembut. Tapi akak lagi suka flip flop or comfortable sandal.
my flat sandal with Iman
- Akak membaca! Ya tak tipu…masa layan iman dlm bilik or kat taman or kat swimming pool, akak baca!.
- I didn’t eat that much. Entah..bukan tak sedap, bukan tak menarek…tapi akak makan ala kadar sajer. Pelik..pelik….and I hate it!
- Akak dah tak gila brg2 dlm pasar Filipina tu…and wonder kenapa dulu akak mcm suka sgt kat pasar tu.
overall : nice family trip. iman ok. good food. nice places. good adventures. mood pon baik. satisfied!