Thursday, November 5, 2009

Eksekutif Cabuk

Akhir-akhir ini perasaan saya berbaur-baur. Saya sepertinya tidak dapat menikmati waktu. Mengapa kesemua perkara mahu berlaku dalam masa yang sama? Siang seperti tidak sabar untuk malam. Malam pula terlalu singkat. Tanpa sedar tahun sudah dipenghujung. Dalam sebulan dua ini saya kehilangan masa dan rasa. Banyak perkara membuat saya hilang kata-kata. Mungkin saya semakin berusia, banyak yang terlupa. Mungkin.

Saat ini juga saya sering terkenang ibubapa saya dikampung. Walau saya selalu menelefon, walau saya selalau bercakap degan mereka, tapi saya sering terbayang wajah mereka. Saya jadi sayu. Saya menangis. Bayangkan sedang membetulkan coding juga boleh terbayang, inikan pula diwaktu mellow- mellow yang lain. Saya mahu pulang ke kampung. Saya mahu tidur sebantal dengan mak saya. Saya mahu peluk dia. saya tahu, Iman pasti akan menyelit. Tidak apa… dia akan nyanyikan atuk lagu ‘Anak Nabi Kita’. Atuk suka.

Iman. Baru-baru ini Iman tiba-tiba berkata ‘Mummy, saya tidak mahu pakai pampers lagi. Saya nak pakai spender saja’. Eh, bilakah Mummy toilet train Iman? Iman sudah dewasakah sehingga dia sendiri rasakan perlu berubah? Iya, memang bagus… tapi saya belum bersedia. Saya belum bersedia. Saya masih mahu melakukan semuanya untuk dia. Melihat dia berspender ben10 saja saya menangis. Saya tidak dapat membayangkan nanti disaat Iman tidak mahu lagi memakai spender Ben10 itu. Saya perlu membeli spender gap, atau renoma, atau ck? Oh.. saya mahu pitam! Bukan sebab spender itu tetapi sebab Iman sudah berubah. Saya takut.

Saya takut. Macam-macam yang saya takutkan. Takutkan atau takuti? Tapi saya takut. Rakan saya bermasalah, saya takut membantu. Saya bermasalah, saya takut nak bercerita. Saya takut berjumpa doctor. Saya takut saya sakit. Saya takut saya menyakiti hati-hati orang yang saya sayangi tanpa saya sedari. Baru-baru ini saya diperingatkan. Kadang-kadang kita terbuai dengan rasa-rasa yang bahagia. Bahagia itu bahagia yang bagaimana?. Kadang-kadang kita terbawa-bawa dengan perasaan. Kita kan wanita, eh, kamu bukan?. Tak mengapa. Cuba fahami saja. Dengan siapa saya bercakap ini?. Dipejabat, saya selalu bermakan-makan, bergelak ketawa, bergurau gurau dengan lelaki-lelaki. Ada yang rapat, ada yang rapat sikit, ada yang tidak rapat sangat. Macam-macam. Sayakan suka berkawan. Baru-baru ini separuh saya tiba-tiba bercerita cerita panas di pejabatnya . Balu itu berkawan dengan laki orang itu. Iya, Balu, available, laki itu pon tentu available lagi 3 kan, tetapi perbuatan itu mengundang macam-macam kata dan perkara. Kasihan isteri dirumah, anak-anak, kasihan keluarga Balu. Eh kamu faham? Tidak apa. Saya cuma tiba2 rasa bersalah. Pergaulan saya dipejabat adakah menjadi mcam-macam kata atau perkara? Saya tahu separuh saya tahu siapa yang saya rapat, rapat sikit atau banyak, tapi saya tiba-tiba rasa bersalah. Mengapa? Saya pun tidak tahu. Mungkin saya tidak mahu separuh saya dikata diatas apa yang saya lakukan. Kan saya tak berapa kisah kata-kata orang. Mungkin sekarang saya perlu kisah. Perlukah saya?

Oh sebenarnya saya sangat sibuk dan buat-buat sibuk sekarang. Bukan, bukan sebab untuk penilaian prestasi.. bukan.. pejabat saya tidak begitu.. tapi sebab lain. Ramadhan saya sibuk, raya saya sibuk.. sekarang sibuk lagi.. bila mahu habis sibuk ini? Tahun depan tentu sibuk juga. Saya penatlah. Betul.. saya mahu cuti panjang tetapi cuti saya tinggal sikit. Saya kena pandai berjimat. Cuti pun perlu berjimat? Benci.
Sudah panjang. Saya penat. Taip ini pun penat tapi saya puas. Saya nak bercerita banyak perkara tetapi saya buat-buat sibuk. Sekarang sedang UAT tetapi saya taip ini. Buat-buat sibuk kan.hah!

Eh, tadi gamebangers main game baru. Saya suka. Balik nanti saya nak cari pistol Iman yang paling cool. Saya dapat character Lotus. Dia cool dan dia perlukan pistol yang cool. Saya suka main dengan mereka-mereka yang cool. Cool kah saya? Tapi saya tidak cool bila saya penat. Ingat? Ya saya penat. Apani?