Pertama kali aku betul-betul perasan dia dalam drama 100 harijadi. Betul-betul di sini bermakna aku betul-betul melihat dengan mata dan mungkin juga hati. Aku perhati mata dia, senyum dia, rambut dia, jalan dia, lalu aku label dia. Kamu tidak perlu tahu, itu rahsia aku. Dan di akhir drama, aku tunggu lagi. Aku mahu tahu nama dia. Ahh… aku senyum. Aku tahu aku akan suka. Ya, aku selalu berfikiran jika nama itu lembut, ada sedikit tegas dan yang penting artisan, empunya nama juga akan begitu. Maka aku suka lebih lagi.
Tapi hati manusi tidak boleh diduga. Suka itu menghilang seketika entah ke mana. Mungkin beralih ke pontianak paling agung, atau pembunuh upahan yang boleh melihat geraknya peluru. Mungkin juga terawang tidak ke mana sebenarnya.
Lalu, tadi, ya ketika meter kebosanan hampir mencecah maksima, aku pandang sekeliling. Aku bilang, 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan 7. Tujuh manusia tertunduk, gelap, hilang dalam dunia sendiri. Aku senyum, pathetic! Aku berlagak. Itu aku, suka berlagak. Walau event ini sebenarnya bukan untuk aku, aku hanya pengganti yang namanya bos, aku harus berlagak juga, jangan tunduk!. Eh, yang tunduk tidur itu bos kah? Malang sekali kan….
Aku capai telefon bijak dan google kesukaan aku dulu. Aku terkasima. Omaigaaaaad! Dia MENULIS! Kenapa aku tidak tahu? Kenapa? Lalu aku maki diri sendiri. Dan, aku pula hilang dalam tulisannya.
Kalau aku jadi dia, aku pilih aku
Jangan tanya aku kenapa
Aku, macam-macam aku
Aku menulis tiada para
Aku lari (tidak laju) tiada penamat
Aku melukis, tidak jadi apa
Aku iron, aku gantung
Aku toleh, ia renyuk kembali
Aku sudah cuba kan…
Tapi, kadang-kadang aku kagum dengan aku
Aku lupakan yang aku benci
Aku erase terus
Aku tidak mahu ingat
Aku tidak mahu tahu lagi
Kamu suka aku?
Kamu mahu jadi aku?
8 comments:
layan Juvana lah kak didi.. :)
Layan juga Ninie, awak suka dia tak? Atau awak suka saya? Oh sedang tidak tenang, abaikan saja saya.
Babe, while reading his, I feel like reading yours. The way u put up that 1 word para. and the rhyming part.
came across this in his : luv to the max
----------------
Bersusun buku,
Bersusun DVD,
yang satu pun tak baca lagi,
yang satu pun tak tengok lagi.
Macam biasa.
Masa aku dicuri lagi demi mencuri hati, seorang puteri.
Buat pengubat hati juga pelengkap rusuk kiri.
Aku janji.
Subahanallah! Aku blushing giler sekarang. Sila close sebentar page ini.
Ok setelah menarik nafas dalam, aku mau sambung.
1st time reading his I was like speechless! like Seriously?. Our ancestor said there are 7 ppl that resembles our looks and I believe could also resemble us in many other ways. Writing perhaps.
But he is undeniably MUCH better than i am. He truly said what is important rather than ranting about mundane life/routine like i did. Lagipun, aku menulis begitu ketika benar-benar menulis dari hati yang dalam (jarang berlaku). Jujurnya aku terkadang konon mahu bergaya bahasa yang lain. Aku kan cuba jadi yang macam-macam. His persistence and strength of mind really aspire me!
Oh God, glad u notice it.. *malu lagi*. Aku cuma takut di cop cuba meniru dia.
mahu tambha lagi *oh aku over excited*
ya, aku juga tersangat suka tulisan yang itu! *diawangan*
Tak usah merah di pipi, tak usah gusar di hati. Puji ku jujur dari dalam diri.Titik.
::tiru gaya bukan kata-kata::
:) menarik..
Post a Comment