Monday, January 14, 2008

Kisah Seekor Unta

Al-kisah Pak Ngah mahu belanja Iman, Abg Apiq dan Adib naik unta raya haji lepas. Maka gumbiralah Abah dan Mummy, pulang ke kampong awal semata-mata mahu menyambut kedatangan unta yang dijadualkan tiba pada Rabu, 19/12/2007 pukul 2 ptg. Sebab Pak Ngah tak dapat balik, maka Abah dan pak Jali adalah wakil bahagian Pak Ngah.
Pagi itu Mummy bangun awal, nak ikut Atuk pergi pasar. Nampak je Mummy, Atuk cakap

“Dik, ada berita tak baik, unta lepas, Nwar dah bangun?”

Confius kejap Mummy, “Bukan ke petang ni baru sampai encik unta tu Pak?”

“Mlm tadi dah sampai, ntah macam mana boleh lepas, kena langgar pulak dengan lori surat khabar, patah kaki dia”

Serious? Mummy terus kejutkan Abah. Dengan tak mandi kami pon terus keluar ke jalan raya.

En Unta
Pengguna jalan raya tidak melepaskan peluang melihat unta di tepi jalan
Setelah berdiskusi dalam kumpulan kecil, maka kata putus dibuat. En Unta akan disembelih disitu juga, pagi itu juga. Kenduri di surau tetap dibuat. Cuma, tidak ada rezeki Iman nak tunggang unta.
uihhh baru nak post cerita raya haji!

1 comment:

Tukang Campak said...

wei...dah nak raya cina nii..takpe, en.unta pon nak gak rasa masuk blog hehe

How's the books ? Iman suka ke ??