Thursday, May 9, 2013

R.I.N.D.U


diketerawangan ini
aku dibuai rasa-rasa yang mendalam
berat
kutarik nafas dalam-dalam
kupujuk hati, bertenanglah... bertenanglah...
gagal
laju air mata, rasanya hangat di pipi
ku tahan esakan, aku cuba
tapi rasa-rasa berbaur ini begitu kuat
sangat
aku rindu

dalam hilai tawa anak, aku lihat
dalam nikmat suapan, aku rasa
dalam gembira limpahan rezeki, aku ingin kongsi
dalam doa pada tuhan, aku pohon.. aku pohon..
ya Allah, aku rindu

aku tatap anak kecilku
aku amati puas-puas
kerana dia sahaja
pengubat rinduku

mak....

2.05am
5.9.2013