When : 15-19 April 2011
My oh my Oh Langkawi… setelah agak lama tidak ke sini, berbezanya kamu. Dulu, err cerita lama, lupakan saja. Dengan pesona baru RM80/hari, kami memecut ke Buffalo Park. Terliur mengenangkan mozzarella segar dari ladangJ. Tersesat-sesat, singgah warong melayan rojak dan nasi goreng ayam. Ayam goreng panas seketul.
Disambut oleh en buffalo, eii tepi la…. *sambil menekan hon sekuat hati*
Park sangat comel. Nampak tak saiz kereta against the building?
Nota untuk Pn Cikgi Eline, jangan kirim susu kerbau.. kirim ice-cream kerbau! Dan jangan kirim aku.. kirim zie atau zila… aku tak mo pergi dah tempat ni hahahahhahaha.
Meronda Chenang.. wah, wah, terkejut kawan melihat Chenang yang saling tak tumpah seperti pantai Patong (tanpa awek seksi dan disko lip lap pecah telinga). Kamu pernah ke Patong? Sama kan! *calit ibu jari tangan*
Anak gebus kelaparan lalu singgah di **emm tak ingat nama kedai**.
Chenta: Dik, bawal kecik sekor dalam berapa ringgit?
Adik : kalau kecik dalam RM7 je sekor bang…
Bila bayar kena RM28, rupanya >RM7/100gm, malas nak tanya dahhhh.
Adik driver : Maaf saya lambat sedikit, flight encik dah lama sampai?
Chenta : dah.. semalam.
Adik driver : ?????? (Kesian dia, we don’t bother to explain pon…hahahahhahahaha)
Acara lepak hotel bermula. Bilik dinaiktaraf ke separuh pandangan lautJ weehoo. Dan, dan sebab ahli starwood, for next visit in 2011, dapat full seaview room for only RM99/night! Wait.. wait.. no blackout date! *menyeringai*.
Untuk ke bilik, harus menaiki buggy ini. Jalan belok-belok, driver bawa laju.. rasa nak tercampak!
Terus ke acara wajib: kolam renang.
Tak sangka saya pandai main ping pong. Terasa nak lawan orang iteww yang wakil majikannya. Saya tahu saya akan kalah, tapi saya kan cool *eh, tetiba pandai main ping pong terus rasa cool*
Seperti biasa, Gebus pun sibuk nak main jugak!
Konon dah tapau makanan untuk dinner, tup-tup anak Gebus menangis nak dinner di rest. Chop..chop, ni birthday trip sapa ni? Gebus ke Abah?. Sebab kami je melayu dan jawa johor mari tara sombong punya, bersembang dengan f&b manager, terus di bawanya Gebus ke buffet spread (kami a la carte) dan Gebus pulang dengan semangkuk candy. En manager juga inform anak Sherat0n iaitu 4points akan dibuka dlm oktober. Publish rate will be as low as RM300. Sila selalu semak laman web mereka. Lepas baca entry ini kamu semaklah…hehehe.
Malam itu birthday boy lepak Chime menikmati kugiran hidup.
Happy 36th birthday Chenta, semoga terus menjadi Chenta saya. Saya Chenta kamu. Ye la.. Iman pun Chenta kamu jugak *sedang menolak Iman ke tepi.. sibuk nak jenguk2 dan cuba mengeja apa Mommy dia taip*.
Ini excerpt (my fav part) dari lagu kesukaan, oleh Anuar untuk untuk Chenta saya Anwar:
dikala penuh ketakutan, dengan badai kehidupan
ku bersyukur adanya kamu
kasihku
ku amat mencintai kamu kerna kau beri erti hidup
ku kan terus mencinta sedetik lebih
sampai selamanya
(kenapa baca laju sangat.. kamu harus nyanyi seperti Abg Anuar Jen!)
8 comments:
semoga chenta panjang umur. semoga chenta kamu sehingga akhir hayat...amin
entry ini kelakar. suka.
Tq zirap, Moga hunny bunny kamu juga panjang umur.
Saya suka bila cikgu eline suka. Suka.
masa taip entry nie tengah lepas tengok maharaja lawak ker hantu kak limah ker atau baru lepas bersuka ria gelak dengan chenta? mood dia lain macam ajer..
ya cikgu elin, entry nie mmg kelakar especially bab tolak iman tu..
saya suka sbb ada nama saya... eh, saya ke dimaksudkan?
Saya pun kena suka jugak ke ? Hmm suka suka...cikgu, sori ai x main baffelow2 nih, so kirim :P
Semoga terus menyambut hari jadi dia dan hari jadi kamu bersama2 di merata dunia hehe
Mari bersukaan!!!!!
Ya Pn Zila, itu kamu. Suka kan!
Pn Zie, wajibla suka. Suka boleh buat kita kurus tau:)
Ya saya suka menyabut birthday dgn dia. Harapnya hinge akhir hayat. Jika tidak dimerata dunia, di hati pun jadilahhhh:)
Haha Pn Aju, lepas tgk maharaja lawak laaa hehehe. U ni tau2 ajek!
Saya suka sepah *maluuuu*
Post a Comment