di luar hujan membasahi jalan ampang. sunyi. jam hampir menjejaki pukul 12malam tetapi suasana sudah seperti 3 pagi. tidak terasa langsung sambutan malam merdeka. mungkin ramadhan kali ini lebih dekat di hati semua. alhamdulillah.
di katil itu, chenta sedikit gelisah. sesekali dia mendengus, mengubah posisi. melihat dia sahaja air mata bergenang. malam ini, untuk pertama kali sepanjang kami hidup bersama, dia tidak bercakap. tiada sedih dalam hati, tetapi kesannya mendalam. mungkin ini pengajaran yang mahu ditunjuk tuhan. menyayangi dan menghargai kerana kita tidak tahu ia hingga bila.
tuhan, jika boleh dikongsi derita itu, berilah sedikit kepadaku. tenangkanlah hatinya. aku hanya mampu memandang. memberi senyum dengan doa dapat meredakan.
seminggu dulu, ketika aku bersedih kehilangan, dia lebih lagi. ketika hati renyuk hampa, dia ada mententeramkan. tuhan, walau rezeki itu hanya sementara, ia kami rasa seperti sinar. bahagianya menyerap jauh dalam hati. kami jadi lebih dekat. sama-sama memandang belakang dan mengambil iktibar. sama-sama menerima ketentuanMu kerana percaya ada hikmah dan rahmat yang tersembunyi. moga ujian ini juga lebih mendekatkan kami.
ramadhan kali ini penuh pengajaran. dengan itu kami bersyukur. alhamdulillah... alhamdulillah...
12:30mlm , 31 ogos 2010
gleneagles imc, ampang
-minggu lalu kami kehilangan anak ke dua, berumur 6 minggu dalam kandungan. Innalillah...
-siang tadi nwar baru saja menjalani pembedahan membuang 4 batang gigi bungsu, sekarang berperang menahan sakit.
9 comments:
salam kak dd.baru tahu yg kak dd miscarried.sorry to hear that.byk bersabar ok..
mate.. sorry to hear that...
insya Allah ada rezeki di masa akan dtg
DD - sorry to hear that..tabah & kuat kan hati kay.. Insyaallah ada rezeki lagi..amen
Innalillah...
Dd... semoga tabah dan sabar, Allah maha tahu apa yg terbaik utk kita.. take care dear..
dd, aku sedih... baca ni.. be strong ok.. insyaAllah.. ada rezeki lain nnt.
so sorry dear friend.. pls take care, both of u.. n iman. everything will be fine insyaAllah..
dd..sorry to hear that...but kuatkan hati k? both of us ada someone yg dah tunggu di sana..
thanks friends... sejuk rasa baca tulisan kamu semua.
memang belum ada rezeki untuk itu. mungkin juga tuhan ada perancangan lain untuk kami.
chenta is resting @ home. there will be no rendang for him this raya. detoxing...
babe, mula2 baca igt chenta mogok b'ckp, ropanya mulut x leh bukak. I feel for him, I did it in 2007 and it's hell :[
It's a relief and comfort to hear you speak so calmly over the phone last week..u r strong and keep it that way. We'll be around for you. Maybe Allah has bigger plan for you both. Cheers
Post a Comment