Monday, August 30, 2010

Ramadhan 2010


di luar hujan membasahi jalan ampang. sunyi. jam hampir menjejaki pukul 12malam tetapi suasana sudah seperti 3 pagi. tidak terasa langsung sambutan malam merdeka. mungkin ramadhan kali ini lebih dekat di hati semua. alhamdulillah.

di katil itu, chenta sedikit gelisah. sesekali dia mendengus, mengubah posisi. melihat dia sahaja air mata bergenang. malam ini, untuk pertama kali sepanjang kami hidup bersama, dia tidak bercakap. tiada sedih dalam hati, tetapi kesannya mendalam. mungkin ini pengajaran yang mahu ditunjuk tuhan. menyayangi dan menghargai kerana kita tidak tahu ia hingga bila.
tuhan, jika boleh dikongsi derita itu, berilah sedikit kepadaku. tenangkanlah hatinya. aku hanya mampu memandang. memberi senyum dengan doa dapat meredakan.

seminggu dulu, ketika aku bersedih kehilangan, dia lebih lagi. ketika hati renyuk hampa, dia ada mententeramkan. tuhan, walau rezeki itu hanya sementara, ia kami rasa seperti sinar. bahagianya menyerap jauh dalam hati. kami jadi lebih dekat. sama-sama memandang belakang dan mengambil iktibar. sama-sama menerima ketentuanMu kerana percaya ada hikmah dan rahmat yang tersembunyi. moga ujian ini juga lebih mendekatkan kami.

ramadhan kali ini penuh pengajaran. dengan itu kami bersyukur. alhamdulillah... alhamdulillah...

12:30mlm , 31 ogos 2010
gleneagles imc, ampang

-minggu lalu kami kehilangan anak ke dua, berumur 6 minggu dalam kandungan. Innalillah...
-siang tadi nwar baru saja menjalani pembedahan membuang 4 batang gigi bungsu, sekarang berperang menahan sakit.