May 19, 2007
Ya, akibat kepenatan dan makan malam yang sungguh akan dikenang, kami mulakan hari terakhir ini dgn suasana hening subuh yang tenang. Dikejauhan, perkampungan sepanjang sungai berhadapan hotel kelam dibalik kabus pagi, tetapi jelas kedengaran azan Subuh saling sahut menyahut. Bila ku jenguk ke bilik sebelah (joining room) Bapak sedang bediri ditepi tingkap, menghadap sungai menikmati pemandangan. ‘Suasana macam kat Mekah’ itu katanya. Aku biarkan dia ditepi tingkap itu mengenang saat menjadi tetamu Allah. Mak duduk di bucu katil hanya tersenyum.
subuh hening
Kami turun bersarapan apabila Iman bangun. Si Kecil agak meragam pagi ini, mungkin badannya letih. Tapi dia bijak memanfaat ruang. Apabila ditegur ketika dia mula mengurai tisu, terus lari ke bilik sebelah, seolah2 mahu mengadu kepada Atuknya.
Niat untuk pusing-pusing bandar Kuching awal pagi tertangguh kerana tayar kereta pancit!. Dalam renyai, Chenta dibantu Abg Skuriti dan seorang Pemandu Pelancong (PP) menukar tayar. Alhamdulillah, dalam ½ jam selesai. PP mencadangkan kami mengikutnya ke Sarekei. Memikirkan kekangan masa dan keadaan tayar dan jalan yang kurang selamat, kami menolak. Lalu terus bergerak ke Masjid Negeri. Ya, setelah semalam Chenta dan Bapak hanya bersembahyang di Masid Bandar, kali ini tidak akan kempunan lagi. Selesai lawatan di situ, kami ke Stadium Kuching, sekadar berlegar-legar mengelilinginya. Singgah juga di Pusat Kesenian, Kelab Golf dan Bangunan Parlimen Kuching. Terasa benar-benar seperti pelancong asing. Hehhehee.
Chenta terus memandu ke arah perkampungan di Petra Jaya. Asalnya mahu singgah di Fort Margherita, tetapi tersesat-sesat di kawasan perkampungan lalu patah semula kearah Bandar. Untuk melengkapkan lawatan social ini, kami singgah pula di Museum Etnologi. Masuk percuma sahaja, mungkin sebab itulah museum ini tidak banyak berubah. Susun atur dan bahan pameran masih sama seperti..emmm 5, 4 tahun dulu? Keadaan lebih sedih lagi dibahagian hidupan aqua. Banyak tangki yang kosong tidak ber ikan. Ikan yang ada juga tidak semenggah mana.
Tapi Iman menceriakan kami dengan aksi spontan tanpa disuruh!.
Kami kemudiannya sekali lagi singgah di pasar Kuching. Membeli buah segar pembasah tekak. Pusing-pusing lagi dideretan kedai lalu pulang ke hotel. Hanya ada dalam 1 jam untuk rehat dan solat Zohor sebelum kami check out. Aktiviti wajib En Iman, berbasahan dalam tub mandi! Atuk sempat berselimut dan Mak Nab menikmati kek lapis Sarawak.
Selesai urusan check out kami bergerak ke Pasar Satok. Rezeki kami dapat parking tanpa perlu menunggu lama. Terlalu banyak yang mahu dilihat di sini. Menyusuri deretan jualan sayur, buah-buahan dan makanan laut buat Chenta hilang focus untuk mengambil gambar.
Semuanya menarik! Ya, kami paling lama singgah di gerai menjual terubuk masin.
Senarai bakal penerima terubuk Bapak sungguh panjang! Habis terubuk on display, tambah lagi dengan yang sedang diproses. Maka semua mengambil kesempatan melihat bagaimana delicacy ini disediakan. Dengan senang hati Abang-abang terubuk mengangkat kotak-kotak kami ke kereta. Chenta hanya menunjuk arah!.
Kami terus menyusur Pasar Satok hingga ke hujung, dan berhenti di Restoran (?) untuk makan tengah hari. Agak lambat tetapi masih ramai yang berjamu disitu. Dapat merasa mee kolok. Not bad…
salak anyone?
Kasihan melihat Atuk Nah yang kelihatan agak kepenatan berjalan jauh tadi, Atuk Tam menemaninya kekal di kedai makan sementara kami (Mak Nab, Chenta, Iman dan daku) sekali lagi mengharung Pasar Satok. Harus diingat ya tuan-puan sekalian, Pasar ini berlapis-lapis dan tadi kami hanya baru habis lapis pertama!
Yang dicari adalah barang kenangan beg, kek lapis lagi, kuih cincin dan t-shirt. Juga akhirnya membeli buah Salak, sayur Paku Gajah dan Umbut. Kembali ke tempat membeli terubuk lalu meminta jasa baik Abang tadi pack kan barangan kami. (byk sgt plastic bag!). Terima kasih ya!.
giant paku - sesuai juga dibuat ulam
Tiba-tiba hujan turun!. Lega kerana kami telah selesai di sini, jika tidak mesti kempunan. Bila diangkut barang ke kereta, penuh! Oh No…. Terpaksalah membuat 2 trip ke airport. Mak Nab ditinggalkan sendirian di airport bersama semua barang dan kami patah balik mengambil Atuk Tam dan Atuk Nah. Kenapa lama sangat? Tanya Atuk Nah….kami senyum aje….
Hujan betul-betul lebat!. Abg kereta sewa dan Penghantar Tikar (ya, tikar diupah untuk dihantar terus ke airport) lambat!. Kami berehat dan Maghrib di airport, lalu makan malam di KFC sahaja.
Tikar sampai beberapa minit sebelum panggilan akhir untuk flight check in. Sungguh kelam kabut, hujan masih lebat dan tidak putus berdoa agar cuaca jadi lebih baik.
lihatlah kotak-kotak itu
Iman at Kuching Airport
Akhirnya kami terbang pulang tepat pada masa yang di cetak pada ticket. 9.15 malam. Selamat mendarat di Senai dan sempat menonton Mila menyanyi lagu Ezlin!
Adios Sarawak! We had a splendid holiday!!