Oh, saya adalah peminat Iman, bukan Iman Ghazi, dia anak saya sudah tentu nombor satu dalam hati. Iman Umairah, betul.. saya jujur. Saya kagum anak kecil itu. Walaupun hanya kenal dari cerita dan gambar sahaja, saya dapat membayangkan kecerdikannya. Oh tentu kamu ingat saya mahu kipas. Saya ikhlas, saya mungkin tidak pandai ber’madah berhelah’ (walaupun saya pandai dan suka nyanyi lagu ini) tapi saya cuba menyampaikan isi hati saya. Eh, tiba-tiba emosi pula.
Mengapa Iman, oh agar tidak keliru saya panggil princess itu Iman U, anak saya Iman G. Mengapa Iman U yang disebut? Saya sebenarnya mahu Iman G berkenalan dengan Iman U. *malu*. Eh… ada yang senyum? Bukan untuk dijodohkan! Bukan! Ini kan zaman facebook dan twitter, tidak perlu. Saya rasa mereka sesuai digandingkan dalam sesi fotografi ini. Macam Mila dan Akim, macam Lisa Surihani dan Farid Kamil, macam Jacob dan Bella (maaf, saya team Jacob yek, hehe). Kan?. Psstt... sebenarnya saya mahu Chenta lihat (PDM, Chenta adalah hubby saya) kepentingan pendidikan awal yang bagus dari Iman U. Dia sering mengatakan saya tidak sabar, Iman G masih kecil sudah mahu disekolahkan, duh!. Saya kira sesi fotografi ini juga akan menjadi sesi perbincangan pendidikan awal anak-anak. Saya mahu timba ilmu!.
Saya tidak kisah saya tidak digambarin (padahal membuak-buak perasaan nak posing). Saya mahu lihat Iman G dan Iman U gembira. Saya seperti dapat bayangkan suasana dihari kejadian. Pasti tak menang tangan PDM. Dan pasti terjerit-jerit dia. Hahahahhaha, kan saya kata saya dapat bayangkan. Betul tak?. Kiranya hadiah ini saya kongsi semula dengan PDM la.. heheh kipas.. kipas… eh boleh tak saya cubit pipi Iman Jr itu? Tiba-tiba tergeram. Maaf.
Saya mahu menaip lebih panjang lagi tetapi saya faham kesibukan PDM (padahal tidak mahir menyusun ayat molek-molek, tidak pandai merayu-rayu). Saya berdoa agar saya menang peraduan ini. Kawan-kawan doakan sama yek. Mana tahu, dengan kebenaran PDM saya boleh ajak anak-anak kalian juga. Wah.. seronoknya!!. Oh, oh, atau, kamu boleh masuk juga peraduan ini dan kalau menang, ajaklah Iman G sekali yek!!.
Okey untuk mula memasang impian saya sediakan contoh ini.
Emmm.. comel.. comel…. kan saya dah kata!!