Tuesday, December 29, 2009

2009 + 1


I just have to write before 2009 ended (which is when? The day after 2moro? Omg!). Well, 2009 have been a hectic year. Works been very demanding padahal tiada bonus. Boo!. But I must say I am satisfied with the job done. This whole year I’ve been challenging myself to do more. Yeah u heard me wining and complaining and all, but that was all I can do to keep me sane and move on. Overall, I’m proud of myself and for that I’ll be dating with Rob tomorrow. Padahal cuti gantian kena habiskan tahun ini juga.

On family account, I’d say I’m more than grateful for every single thing happened this year. The 18 of us just got back from a wedding of my bujang terlajak brother at Omadal Island of Semporna!. It was a super duper fun trip. I never tot Bajau wedding can be such enormous and eventful.

Albeit the less travelling this year, we’ve been busy with many-many occurrences on almost every weekend. Home been neglected on regular basis. Frames bought before raya still nicely wrapped with tag. Oh, the old small sony CRT finally went kaput after being hit by my two boys almost everyday. I miss it tremendously, did you know that to this day, nothing beats an old-fashioned tube TV (CRT) for black level. You got to google what black level is. Anyway, I can vividly remember the astro man’s face upon seeing our CRT when he came to upgrade to HD. He furiously said ‘Aiya boss, TV ini macam mau tengok HD ka?’ I didn’t blame him though, Chenta been pestering him to come to our house like zillion times and he end up agreed to do it on x-mas day!. All I can say, apart from upgrading our astro, nothing else is upgraded in our chomel abode.
Iman-2009

Despite hoping to be pregnant this year and I didn’t, overall, 2009 is fabulous.
Wishing you all belated Maal Hijrah, and happy 2010. Oh, I am so looking forward 2010.

Saturday, December 5, 2009

Perlu Gembira

Perasaan saya berbaur-baur sekarang ini. Lagi? hehehe. Saya sedang tersenyum ketika menaip entry ini. Saya sedikit gembira kerana saya sudah nampak jalan penyelesaian masalah. Masalah kerja. Eh saya terlupa memberitahu, sekarang Sabtu, 4.41ptg saya di pejabat. Ya, macam rajin padahal wtf wtf wtf wtf!!. Walaupun baru nampak jalan dan belum tau lagi jalan itu betul atau tidak...saya sudah gembira. Kan kita harus sentiasa gembira. wtf! Perlu gembira sebelum hari paling gelap sepanjang perkhidmatan saya tiba minggu depan. wtf wtf wtf!

Oh, hari ini juga saya miss warehouse sale trip around kl bersama Chenta dan SIL. Oh saya tidak gembira tapi tak pe lah, sekurang-kurangnya saya dapat berjimat. Hehehe. Mau tau kemana dia pergi?. Eelectroluxxx , Calrk, Coach (Oh tidakkkk), Tilam milam dan bantal dan Hyytextt di Selayang. Ya, saya hanya mendapat report melalui panggilan-panggilan hangit beliau dengan ayat, "nak beli tak?". oh itu di warehouse tilam.. bukan di coach.. jika di coach harus saya jawab "beli semuanya!!'.

Well.. untuk lebih menggembirakan saya hari ini yang lunch dgn kerepek belas kasihan rakan sepejabat dan setin cola, saya pen off dulu... nak tgk jalan saya betul atau tidak. Ingat?

Thursday, November 5, 2009

Eksekutif Cabuk

Akhir-akhir ini perasaan saya berbaur-baur. Saya sepertinya tidak dapat menikmati waktu. Mengapa kesemua perkara mahu berlaku dalam masa yang sama? Siang seperti tidak sabar untuk malam. Malam pula terlalu singkat. Tanpa sedar tahun sudah dipenghujung. Dalam sebulan dua ini saya kehilangan masa dan rasa. Banyak perkara membuat saya hilang kata-kata. Mungkin saya semakin berusia, banyak yang terlupa. Mungkin.

Saat ini juga saya sering terkenang ibubapa saya dikampung. Walau saya selalu menelefon, walau saya selalau bercakap degan mereka, tapi saya sering terbayang wajah mereka. Saya jadi sayu. Saya menangis. Bayangkan sedang membetulkan coding juga boleh terbayang, inikan pula diwaktu mellow- mellow yang lain. Saya mahu pulang ke kampung. Saya mahu tidur sebantal dengan mak saya. Saya mahu peluk dia. saya tahu, Iman pasti akan menyelit. Tidak apa… dia akan nyanyikan atuk lagu ‘Anak Nabi Kita’. Atuk suka.

Iman. Baru-baru ini Iman tiba-tiba berkata ‘Mummy, saya tidak mahu pakai pampers lagi. Saya nak pakai spender saja’. Eh, bilakah Mummy toilet train Iman? Iman sudah dewasakah sehingga dia sendiri rasakan perlu berubah? Iya, memang bagus… tapi saya belum bersedia. Saya belum bersedia. Saya masih mahu melakukan semuanya untuk dia. Melihat dia berspender ben10 saja saya menangis. Saya tidak dapat membayangkan nanti disaat Iman tidak mahu lagi memakai spender Ben10 itu. Saya perlu membeli spender gap, atau renoma, atau ck? Oh.. saya mahu pitam! Bukan sebab spender itu tetapi sebab Iman sudah berubah. Saya takut.

Saya takut. Macam-macam yang saya takutkan. Takutkan atau takuti? Tapi saya takut. Rakan saya bermasalah, saya takut membantu. Saya bermasalah, saya takut nak bercerita. Saya takut berjumpa doctor. Saya takut saya sakit. Saya takut saya menyakiti hati-hati orang yang saya sayangi tanpa saya sedari. Baru-baru ini saya diperingatkan. Kadang-kadang kita terbuai dengan rasa-rasa yang bahagia. Bahagia itu bahagia yang bagaimana?. Kadang-kadang kita terbawa-bawa dengan perasaan. Kita kan wanita, eh, kamu bukan?. Tak mengapa. Cuba fahami saja. Dengan siapa saya bercakap ini?. Dipejabat, saya selalu bermakan-makan, bergelak ketawa, bergurau gurau dengan lelaki-lelaki. Ada yang rapat, ada yang rapat sikit, ada yang tidak rapat sangat. Macam-macam. Sayakan suka berkawan. Baru-baru ini separuh saya tiba-tiba bercerita cerita panas di pejabatnya . Balu itu berkawan dengan laki orang itu. Iya, Balu, available, laki itu pon tentu available lagi 3 kan, tetapi perbuatan itu mengundang macam-macam kata dan perkara. Kasihan isteri dirumah, anak-anak, kasihan keluarga Balu. Eh kamu faham? Tidak apa. Saya cuma tiba2 rasa bersalah. Pergaulan saya dipejabat adakah menjadi mcam-macam kata atau perkara? Saya tahu separuh saya tahu siapa yang saya rapat, rapat sikit atau banyak, tapi saya tiba-tiba rasa bersalah. Mengapa? Saya pun tidak tahu. Mungkin saya tidak mahu separuh saya dikata diatas apa yang saya lakukan. Kan saya tak berapa kisah kata-kata orang. Mungkin sekarang saya perlu kisah. Perlukah saya?

Oh sebenarnya saya sangat sibuk dan buat-buat sibuk sekarang. Bukan, bukan sebab untuk penilaian prestasi.. bukan.. pejabat saya tidak begitu.. tapi sebab lain. Ramadhan saya sibuk, raya saya sibuk.. sekarang sibuk lagi.. bila mahu habis sibuk ini? Tahun depan tentu sibuk juga. Saya penatlah. Betul.. saya mahu cuti panjang tetapi cuti saya tinggal sikit. Saya kena pandai berjimat. Cuti pun perlu berjimat? Benci.
Sudah panjang. Saya penat. Taip ini pun penat tapi saya puas. Saya nak bercerita banyak perkara tetapi saya buat-buat sibuk. Sekarang sedang UAT tetapi saya taip ini. Buat-buat sibuk kan.hah!

Eh, tadi gamebangers main game baru. Saya suka. Balik nanti saya nak cari pistol Iman yang paling cool. Saya dapat character Lotus. Dia cool dan dia perlukan pistol yang cool. Saya suka main dengan mereka-mereka yang cool. Cool kah saya? Tapi saya tidak cool bila saya penat. Ingat? Ya saya penat. Apani?

Sunday, October 4, 2009

Aidilfitri 2009

Kulihat wajah suci ibuku
Kulihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan..
Raya tahun ini perasaan berbaur-baur. Gembira kerana masih dapat beraya dengan Mak dan Bapak, Iman masih dapat mencium Atuk.. , itulah nikmat paling berharga. Melihat mereka tersenyum... sebagai anak bungsu, mungkin lebih manja. Walau sedikit perubahan yang kulihat, iyalah umur itu rezeki Allah, kesannya mendalam dalam hati. Mak tidak berjalan secergas dulu, mahu bangun pun berpayah. Terkadang ayatnya jauh. Bapak masih kulihat sihat, walau lelapnya ku lihat dalam, walau kedutnya ku lihat jelas. Apa yang lebih bahagia dari dapat mencium tangan mereka di pagi raya? Terima kasih tuhan, terima kasih.
keluarga En Anwar

cousins.. + jam raya!

look at him, org tengah nak beratur gambar beramai2, dia nangis... ishhh hehhe

Tuesday, September 15, 2009

Dam Dam Dum

Ramadhan kali ini terasa begitu cepat. Dalam kesibukan sibuk dan buat-buat sibuk, ia berlalu. Jelas, yang negatif itu hanya memenatkan dan merugikan. Moga perkara baik yang berlaku akan berkekalan. Amin.




Raya 2008

Selamat Hari Raya, semua.
Maaf Zahir Batin.

Friday, August 14, 2009

Life

I hear I forgot
But
I see I remember
I do I understand

I don’t want to remember
I don’t want to understand
Because when I do
Even if I can forgive
I can’t forget.

If you really knew me, almost everything I am now is not me. I’ve became so distant with anything I love doing that my heart feels almost empty. I cannot stand looking at this screen that is about to make me screams. Fucking emails. These feeling make me deaf and blind and eventhough I am sinking in, I didn’t give a shit.

I just want to curl up on my bed and let Iman jumps around me. I want to hear his laughter. Please God, let me.

Wednesday, July 8, 2009

To Mike


During schooling days, a dear friend, Maryam Jameelah Ghazali (eh does the spelling right?) even though she is a diehard fan of NKOTB, used to nicked herself as MJ. I kinda like it. Another dear friend, (oh Nijot u can kill me; I totally forgot your real name!!) is a diehard, hardcore fan of Michael Jackson. Her nick was Mike. I like it a lot! Very cool!.

Jot, you did bring a different perspective of MJ to me. Well, I didn’t really bother MJ’s song before maktab as emm.. I minat NKOTB too.. heheheh. But then I got to know music(s) from friends like you, Yam, Shelly (MC Hammer fan), Ryder (Jazz fan) and many others. Yeah, I feel sad for the lost. I was secretly hoping to watch one of his 50 live concerts in UK which I know it’s only a phony hope.


To Mike.