I weight freaking 55kg this morning!
TerGEMOK since melahirkan Gebus!
Sekian.
Lots of fat,
Gleneagles Ampang.
ps: ini catatan peribadi, jgn ambil peduli. Tensi.
Monday, July 25, 2011
Thursday, July 21, 2011
Teh Jalang
21Julai 2010
Semua order, macam-macam
Tunggu…
Tunggu…
Tunggu...
Meneguk masing-masing
Nikmat
Emm, sedap betul teh ais saya, kaw habis
Saya pun! (menyampuk)
Kah kah kah kah kah kah kah.. (ramai dan panjang)
*Terkasima*
Apa dosa Teh Jalang saya?
Saya pun! (menyampuk)
Kah kah kah kah kah kah kah.. (ramai dan panjang)
*Terkasima*
Apa dosa Teh Jalang saya?
Tidak Berapa Jalang vs Kaw, Jakarta. |
Friday, July 8, 2011
Kesukaan Aku
Pertama kali aku betul-betul perasan dia dalam drama 100 harijadi. Betul-betul di sini bermakna aku betul-betul melihat dengan mata dan mungkin juga hati. Aku perhati mata dia, senyum dia, rambut dia, jalan dia, lalu aku label dia. Kamu tidak perlu tahu, itu rahsia aku. Dan di akhir drama, aku tunggu lagi. Aku mahu tahu nama dia. Ahh… aku senyum. Aku tahu aku akan suka. Ya, aku selalu berfikiran jika nama itu lembut, ada sedikit tegas dan yang penting artisan, empunya nama juga akan begitu. Maka aku suka lebih lagi.
Tapi hati manusi tidak boleh diduga. Suka itu menghilang seketika entah ke mana. Mungkin beralih ke pontianak paling agung, atau pembunuh upahan yang boleh melihat geraknya peluru. Mungkin juga terawang tidak ke mana sebenarnya.
Lalu, tadi, ya ketika meter kebosanan hampir mencecah maksima, aku pandang sekeliling. Aku bilang, 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan 7. Tujuh manusia tertunduk, gelap, hilang dalam dunia sendiri. Aku senyum, pathetic! Aku berlagak. Itu aku, suka berlagak. Walau event ini sebenarnya bukan untuk aku, aku hanya pengganti yang namanya bos, aku harus berlagak juga, jangan tunduk!. Eh, yang tunduk tidur itu bos kah? Malang sekali kan….
Aku capai telefon bijak dan google kesukaan aku dulu. Aku terkasima. Omaigaaaaad! Dia MENULIS! Kenapa aku tidak tahu? Kenapa? Lalu aku maki diri sendiri. Dan, aku pula hilang dalam tulisannya.
Kalau aku jadi dia, aku pilih aku
Jangan tanya aku kenapa
Aku, macam-macam aku
Aku menulis tiada para
Aku lari (tidak laju) tiada penamat
Aku melukis, tidak jadi apa
Aku iron, aku gantung
Aku toleh, ia renyuk kembali
Aku sudah cuba kan…
Tapi, kadang-kadang aku kagum dengan aku
Aku lupakan yang aku benci
Aku erase terus
Aku tidak mahu ingat
Aku tidak mahu tahu lagi
Kamu suka aku?
Kamu mahu jadi aku?
Subscribe to:
Posts (Atom)