Monday, January 28, 2008

main masak-masak : Shortbread

Ingredients:
  1. 2 cups butter
  2. 1 cup packed brown sugar
  3. 4 cups all-purpose flour
  4. ½ cups ground almond
Directions:

Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C).
Cream butter and brown sugar. Add ground almond and 3 to 3 3/4 cups flour. Mix well.
Sprinkle board with the remaining flour. Knead for 5 minutes, adding enough flour to make a soft dough. Roll to 1/2 inch thickness.
Cut into 3x1 inch strips or cut into shapes with cookie cutter. Prick with fork and place on ungreased baking sheets.
Bake at 325 degrees F (165 degrees C) for 20 to 25 minutes.



lil kitchen helper
Ini adalah projek for raya 2007. found the recipe in allrecipes.com. despite the sempoi ingredients, it actually taste good! the original recipe minus item no 4, the outcome tasted like butter cookies. Chenta suggested we add ground almond to give a nutty flavour and wallaaaa!
i wanted to frost them (the hearts) with white n dark choc but my cooking choc played lumpy on me. menci sgt! next time try lagik....

my lil helper kepenatan!

Tuesday, January 22, 2008

4th? gulpp..

Happy 4th Anniversaries to Mummy & Abah Iman(nak juga dia!)

It is only natural now to look back over the past 4 years. hapiness, iman, and yes we do fight, and my anger sometimes as big as that tractor tyre and his respond just like that menuai machine. but at the end of the day we will find each other. and now its time to condsider what the future will be like.

Here's to wonderful years ahead!

** pics taken during MAHA2007

Monday, January 21, 2008

Jalan-jalan Labuan

Mana? Labuan & KK
Bila?
8-11 Disember 2007
Siapa? A
tuk Nah, Atuk Tam, Mak Miah, Ayah, Mak Nab, Pak Ali, Mak Lili, Mummy, Kak Zatil, Meerul, Meera, Jiji and Iman.

Kisah yang mahu dikisahkan jua.

Setelah sekian lama Atuk menyebut-nyebut nak ke Labuan, akhirnya tercapai jua. Cuti sekolah lepas kami menyerang Kak Long!. Too bad Abah tak dpt join, ada kerja katanya. Tak best kan…

@LCCT Sepang, Atuk Tam, Atuk Nah n Mak Miah

Anyway, kami berdua join Senggarang n JB clan kat LCCT. Diorang amek morning flight from JB. Banyak betul bekal…sandwiches, meehoon goreng, kuih..semua ada! Even Abah pon breakfast skali. Ehehheeh.

tukang q, meerul, meera n jiji

Sampai Labuan Kak Along, Abg Zali, Ameer n Piah dah tunggu kat airport. Terus pi rumah diorang. Sekangkang tikus jek…5 min dah sampai!. Terus lunch as Kak Long dah prepare ketam masak lemak, sambal sotong, sayur kacang n tempe, ikan goreng, sambal belacan, ulam. Perghh..memang layannnnn. Ada lagi….bubur kacang hijau!! Dek kepenatan, semua lepak2 ajek petang tu. Kami pusing2 town Labuan sahaja.


Lupa plak…Iman punyalah tak reti diam lam flight tu! Ya ampun….. nasib baik ramai assistant kan.. as seen in the pic, he refused to sit! and my alice in airbus.



9.12.207
- pepagi buta yang terang dah ke pasar!
- lunch sotong katak ½ ekor seberat 1kg++ goreng kunyit, sweet sour bawal n udang, lokan rebus, ikan apa ntah bakar, midin goreng belacan, ulam. Tersandar semua lepas lunch!.
- Pasar Filipina
- Labuan International Sea Sport Complex
- Mandi manda di pantai
- World War II Memorial
- Kampung Patau-Patau
- A Visit to Air Force Base
- Best donut, pau goreng & chakoi
Mlm tidur tak hengat akibat kepenatan yang amatsss.

10.12.2007
- Pasar again!
- Lunch seafood lagik!!
- Mak Miah bawak Ayah buat dialysis di Hospital Besar Labuan
- kul 12 hantar diorang ke Jeti, off to KK!
- kami pusing2 Labuan lagi…and ke airport
- 3.15 flight to KL!

Ferry to KK was rough!, they got sea sick. They stayed at Hyatt and jalan-jalan KK and layan Pasar Filipina KK pulak!. Flight KK to JB 11.12 at 9:15pm.
Semua puas hati, puas berjalan. Atuk khatam Sarawak, Sabah n Labuan in 2007!. Mummy pon happy….lega dpt bawak Atuk jalan-jalan. Zillion thanks to everybody yg chip in! Tahun ni mana pulak?

Pics tak menarek as photographer tak ikut kan. Chenta dok gelakkan I, gambar “tak labuan” katanya. Bagaimana harus akak pegang slr dengan Encik Iman yang begitu lasak? Jawab…jawab….

gaya apa ntah @ Labuan airport. He slept all the way from Labuan to KL! tenang...

and Abah spoilt him with remote control car - hadiah rindu katanya...daku tak de ker? cis....

Monday, January 14, 2008

Kisah Seekor Unta

Al-kisah Pak Ngah mahu belanja Iman, Abg Apiq dan Adib naik unta raya haji lepas. Maka gumbiralah Abah dan Mummy, pulang ke kampong awal semata-mata mahu menyambut kedatangan unta yang dijadualkan tiba pada Rabu, 19/12/2007 pukul 2 ptg. Sebab Pak Ngah tak dapat balik, maka Abah dan pak Jali adalah wakil bahagian Pak Ngah.
Pagi itu Mummy bangun awal, nak ikut Atuk pergi pasar. Nampak je Mummy, Atuk cakap

“Dik, ada berita tak baik, unta lepas, Nwar dah bangun?”

Confius kejap Mummy, “Bukan ke petang ni baru sampai encik unta tu Pak?”

“Mlm tadi dah sampai, ntah macam mana boleh lepas, kena langgar pulak dengan lori surat khabar, patah kaki dia”

Serious? Mummy terus kejutkan Abah. Dengan tak mandi kami pon terus keluar ke jalan raya.

En Unta
Pengguna jalan raya tidak melepaskan peluang melihat unta di tepi jalan
Setelah berdiskusi dalam kumpulan kecil, maka kata putus dibuat. En Unta akan disembelih disitu juga, pagi itu juga. Kenduri di surau tetap dibuat. Cuma, tidak ada rezeki Iman nak tunggang unta.
uihhh baru nak post cerita raya haji!